Minggu, 18 November 2012

Sejarah Bruce Lee

1.Bruce Lee (Lee Jun Fan/Lee Siau Lung).

Pengamal Wing Chun dan Pengasas Jeet Kune Do (Intercepting Fist). Beliau adalah pelakon sekaligus seniman bela diri yang berangkat dari hobi perkelahian jalanan bahkan dengan anggota2 geng mafia. Pada masa hidupnya, beliau terkenal dengan sejumlah pertarungan nyata dengan pelbagai pengamal bela diri baik pada masa penggambaran filem mahupun hari-hari yang telah ditentukan.

 Ini adalah senarai sejumlah pertarungan Bruce Lee yang tercatat:

 a) Pada tahun 1958, Bruce Lee mengalahkan Juara Boxer Inggeris 3x, Gary Elms di pusingan ketiga dengan KO dalam kejuaran Hongkong Inter School Amateur Boxing Championship.

 b) Sebelum berhadapan dengan Gary Elms, Bruce Lee mengalahkan Shen Yuen, Lieh Lo dan Yang Huang semuanya di pusingan pertama dengan KO.

 c) Bruce Lee mengalahkan Pu Chung, Ahli Kungfu Choy Li Fut dengan KO di pusingan pertama dalam pertarungan Full Contact Body.

Sponsor pertarungan tersebut adalah Wong Sheung Leung. Semasa tahun 1959-1960, Bruce Lee terlibat banyak pertarungan di jalanan dan rata-rata korbannya KO atau cacat, sehingga pihak Polis menjadi sibuk akibat hobi beliau. Pada tahun 1962, Bruce Lee mengalahkan Uechi juara karate Lingkaran Hitam dengan KO 11 saat di Seattle.  Taki Kimura justeru menghitung KO tersebut dalam masa 10 saat!
Pada saat shooting filem Enter The Dragon, Bruce juga menjawab cabaran seorang Karate, Ban Hitam dengan KO dalam perhitungan dengan masa. Dalam beberapa kesempatan, Bruce menjawab cabaran daripada pelbagai ahli bela diri baik dengan menggunakan tangan kosong maupun senjata, namun semua lawannya rata-rata mengalami nasib KO atau tidak boleh meneruskan pertarungan.

Pada umumnya pertarungan tersebut disaksikan banyak orang atau ahli-ahli bela diri yang lain. Pertarungan yang akhir dan cukup menggunakan tenaga Bruce Lee adalah pada saat beliau berhadapan dengan Wong Jack Man, ahli Xing Yi, Kungfu Shaolin Selatan dan Tai Chi.  Kononnya Wong Jack Man adalah petarung Kungfu dari Chin Woo School.
Pertarungan selesai dalam masa 20-25 minit dengan kemenangan Bruce Lee.  Di lain kesempatan, Wong Jack Man mengajukan cabaran kembali, namun Bruce Lee tidak pernah memberi respons. Belajar dari pertarungan tersebut, Bruce mengintegrasikan seluruh kemampuan dan ilmu bela dirinya dan akhirnya mencipta aliran bela diri baru, iaitu: Jeet Kune Do.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar